Seperti yang kita ketahui, eira syazira ini cukup terkenal dengan lakonan drama dan nyanyiannya. Tapi tahukah anda kemampuan lain yang dicapainya?
1. Air mukanya menampakkan ciri-ciri seorang yang lembut membuatkan orang sering kali membuatkan terkejut dengan gelak tawa yang kuat.
2. Jika terlambat untuk ke sebarang majlis, Eira boleh bersolek sambil memandu, namun bukan dalam cara yang membahayakan (ketika berhenti di lampu merah)
3. Eira seorang pemandu yang suka memandu laju, namun dia mengurangkan tabiatnya itu demi keselamatan anaknya.
4. Eira suka membuat benda-benda spontan diluar jangkaan. Karakternya dalam filem dan layar perak jauh berbeza dengan perangainya yang ‘gila-gila’.
5. Ketika hamil Eira tidak menjaga makan dan tidak kisah menjadi gemuk sehingga beratnya mencecah 84 kilogram kerana ingin merasai nikmat wanita hamil.
6. Eira hanya mengambil masa beberapa bulan untuk kembali ke bentuk badan asal. Berat badan terkininya, 52 kilogram.
7. Tidak suka mengenakan solekan ketika bersama keluarga atau bersantai. Baginya, solekan hanya ketika bekerja sahaja.
8. Eira merupakan seorang yang manja dan mudah menangis kerana berjiwa sensitif.
9. Tidak suka meniru gaya orang lain sebaliknya lebih selesa buat sesuatu yang lain daripada lain dan menjadi dirinya sendiri.
10. Sering diberikan watak air mata. Kadangkala Eira memilih untuk menyendiri kerana watak-watak tersebut boleh membuatkan emosinya terganggu.
11. Merupakan seorang yang sukakan cabaran dan berpegang kepada konsep ‘redah’ saja.
12. Pada asalnya tidak mahu berkahwin sesama artis, namun Azad berjaya menambat hatinya sehingga berjaya mengubah pendiriannya. GileKentang
0 comments:
Post a Comment