Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.
Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.
Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel) dan Hotel Equatorial sebahagiannya tersembunyi (kini sudah dirobohkan). Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…
0 comments:
Post a Comment