Posted By:
Unknown
on March 21, 2014
Selepas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada umum 1 Mac lalu, sudah ada kegemparan berlaku iaitu cubaan kes bunuh diri.
Individu yang mencatat ‘rekod’ sebagai orang pertama terjun dari jambatan tersebut adalah pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara seorang timbalan menteri.Mujurlah dia berjaya diselamatkan nelayan yang berada berhampiran jambatan.
Kini, sebuah lagi kisah sensasi melibatkan Jambatan Kedua Pulau Pinang kembali disebarkan iaitu kemunculan pocong yang berjaya dirakam imejnya.Imej yang disebarkan berupaya bayangan sesuatu berwarna putih yang salah satunya kelihatan seperti berada dalam kedudukan sedang meloncat.Bagaimanapun sejauh mana kebenaran cerita ini masih boleh dipertikaikan apatah lagi kisah hantu atas jambatan bukan modal baru dalam dunia mistik tanah air.
0 comments:
Post a Comment