Filled Under:

Oriental Daily Papar Nama 6 Suspek Perampas MH370

Sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menyiasat latar belakang penumpang serta anak kapal MH370.


Sebuah akhbar China, Oriental Daily terus bertindak menyenaraikan nama enam individu yang perlu diberi perhatian.

1. Pouria Nour Mohammad.

Pemuda berumur 19 tahun dari Iran ini telah menggunakan pasport curi warga Austria untuk menaiki pesawat MH370. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman dimana ibunya sedang menunggunya disana.

Dia memegang pasport palsu dan memasuki Malaysia melalui Thailand, tetapi dipercayai tidak mempunyai kemungkinan besar untuk terlibat dalam aktiviti pengganas.

2. Delavar Seyedmohammaderza

Interpol mengenal pasti individu ini sebagai pemegang pasport palsu yang kedua. Dia menggunakan pasport palsu warga Itali dan memasuki Malaysia melalui Thailand. Dia dipercayai mahu melakukan transit di Beijing dan mencari suaka di Jerman.

3. Jurutera elektronik etnik Uyghur

Individu ini mempunyai kelulusan tinggi dan merupakan pensyarah di Turki serta melakukan kajian di sebuah pusat simulator penerbangan di Eropah.

4. Seorang penumpang dari Fuzhou, China yang tidak menaiki pesawat.

Seorang penumpang MH370 dilaporkan berada di rumahnya di Fuzhou, China dan tidak pernah melawat negara lain. Kejadian itu mewujudkan pertanyaan sama ada terdapat seorang lagi pemegang pasport palsu.

5. Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah

Mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, Zaharie merupakan juruterbang yang amat berpengalaman. Kapten Zaharie juga mempunyai simulator penerbangan di rumah dan kediamannya telah pun digeledah polis.

6. Pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid

Mempunyai pengalaman penerbangan sebanyak 2,763 jam. Seorang wanita Australia mendedahkan Fariq membenarkannya masuk ke dalam kokpit.




0 comments:

Post a Comment