Sebelum ini ada menerbitkan artikel DOKTOR BERI RACUN? yang mungkin menyebabkan ramai orang salah faham dengan tajuk artikel berkenaan. Ramai yang mengatakan bukan salah ubat mahupun doktor tersebut sebaliknya bayi ini, Muhammad Nasrullah, lapan bulan, alah kepada antibiotik dan di panggil steven johnson syndrome.
Ini update kepada entri berkenaan di mana Muhammad dikatakan badannya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan selepas diberi ubat makan dan sapu yang dibekalkan klinik berkenaan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.
Menurut bapa mangsa Khairul:-
“Selepas dua hari memberi Muhammad makan ubat itu, suhu badannya meningkat secara mendadak, menyebabkan kami bertambah runsing dan membawanya ke HSB.
“Doktor disini terkejut melihat kulitnya seperti dibakar dan memaklumkan badan Muhammad melecur 100 peratus.
“Saya menyerahkan ubat diberi doktor di klinik berkenaan untuk pemeriksaan dan terkejut apabila dimaklumkan itu adalah racun.
Khairul juga memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu. Tujuannya untuk merawat Muhammad bertukar tragedi. Shazira ibu kepada Muhammad memberitahu anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama tiga hari untuk rawatan. Doktor juga menasihatkan Muhammad dalam keadaan bersuhu sejuk dan tidak dipakaikan baju bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur.
Khairul mengulas dia tidak mahu salahkan sesiapa namun berharap Kementerian Kesihatan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini. Dia juga berharap ibu bapa di luar sana selidik dulu klinik swasta dan ubat yang diberikan sebelum membawa anak untuk mendapatakan rawatan.
0 comments:
Post a Comment