Filled Under:

‘Sampai kiamat pun tak habis’


BENARLAH kata orang, di sebalik kejayaan setiap lelaki, ada wanita berdiri yang mendorong di belakang. Begitu jugalah situasi yang dialami oleh pelakon dan koreografer, Adam Corrie Lee. Aktor berusia 45 tahun itu banyak berhutang budi kepada isterinya, Fazema Mohd Fuad lantaran sering mengajaknya ke majlis ilmu selain berusaha membimbing dirinya ke arah yang lebih baik.

"Isteri adalah individu yang banyak membimbing dan mengajar saya. Soal siapa yang membimbing, itu bukanlah persoalannya. Apa yang penting adalah usaha kita hendak belajar."Inilah kelebihan ilmu ALLAH SWT," katanya ketika ditemui selepas sidang media Fitrah Ramadan 2014, baru-baru ini.

Adam yang memeluk Islam sejak 2007 memberitahu, sebagai inisiatif dalam mendalami ilmu Islam, dia menyertai Usrah Fitrah sejak dua tahun lalu.



"Sepanjang tempoh dua tahun di Usrah Fitrah, pelbagai perkara berkaitan agama yang saya pelajari dan saya masih lagi belajar.Terlalu banyak ilmu ALLAH SWT yang perlu dipelajari. Lagi pun, belajar ilmu ALLAH SWT ini, sampai kiamat pun tidak akan habis! " tegasnya.

Pada masa sama, Adam turut berdakwah dengan mengajak selebriti lain menyertai Usrah Fitrah. s.harian




0 comments:

Post a Comment