Filled Under:

Terkini: Henti Ambil Gambar Di Masjidil Haram


Ulama terkemuka Sheikh Saleh Al-Fozan menegaskan mengambil gambar ketika berada di dalam Masjidil Haram adalah perbuatan yang tidak boleh diterima. Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian seharusnya berhenti daripada meneruskan perbuatan berkenaan.

Menurutnya, ada jemaah yang masuk ke dalam masjid dengan membawa kamera untuk merakamkan gambar mereka di masjid itu sedangkan tujuan utama mereka ke Tanah Suci itu adalah untuk beribadah.

Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya merampas dan memusnahkan kamera itu kerana ia mengganggu jemaah lain. Sumber berkata, membawa kamera masuk ke masjid tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran rasmi. mymetro




0 comments:

Post a Comment