Filled Under:

Apa yang Terjadi Pada Tubuh Badan Semasa Kita Berpuasa?


Jantung dan darah
Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.

Paru-paru
Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

Perut dan usus
Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.

Hati 
Hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).

Ginjal 
Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.

Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.




0 comments:

Post a Comment