Filled Under:

Anak Maria Farida Tak Suka Ibunya Bercinta?


Pelakon Filem Bisikan Asmara tidak menafikan yang anaknya Mizan Ashley 17, kawal pergerakannya sehingga sukar baginya untuk mencari penganti dan peneman hidup yang sesuai dijadikan suami yang kini bergelar ibu tunggal hampir 10 tahun.

“Dia memang payah sikit, sesiapa yang nak mendekati saya perlu kenal anak saya dulu sebelum ke arah yang lebih jauh, kena pandai ambil hatinya dulu, buat masa ini memang tidak ada lelaki yang mengenali saya,” katanya ditemui di Majlis Berbuka Puasa Anjuran Air Asia dan Air Asia X di ibu negara.

Menurutnya, walaupun masih bersekloh sekiranya mempunyai masa yang terluang, Mizan akan menemani ke mana sahaja terutama ke majlis-majlis korporat atau majlis hiburan tertentu.

“ Dia dah menjadi bodyguard saya, nak ke mana-mana mesti dia teman, tapi tidak mengapa saya selesa dia temankan saya dan saya juga rasa selamat,” katanya.

Selain memiliki raut wajah jelita, Maria Farida juga sedia dikenali dengan seorang berpenampilan seksi. Walaupun begitu dia tahu akan batas berpakaian apatalagi dalam usianya kini yang sudah mencecah 40-an.

"Jolokan seksi sudah diberikan pada saya sejak dulu lagi tu. Saya terima. Saya tak boleh nak buat apa, kan. Tapi saya tahu batas dan had saya nak tampil seksi", ulasnya.

"Macam kontroversi baru-baru ini, sebenarnya gambar bikini tu tak bersalah. Saya cuma muat naik gambar yang menunjukkan beberapa bikini. Bukannya saya pakai dan tayangkan badan saya.

"Tapi ada juga yang bagi komen, suruh saya buat solat istikharah. Mereka tahu tak solat istikharah itu apa tujuannya? Bukan boleh dibawa bergurau seperti itu. Saya hanya tergelak bila ada komen-komen yang saya kira sangatlah kurang bijak. Mereka kononnya berlagak alim tapi seolah-olah cuba mempermainkan hal agama", katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, sepanjang bulan Ramadan ini kata Maria dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon. Justeru masa terluang dimanfaatkan dengan menjalani ibadah puasa di siang hari dan bersolat terawih pada malam harinya. murai




0 comments:

Post a Comment