Filled Under:

Hanis Zalikha Tak Mahu Jumpa Nidji, Kenapa?



Populariti blogger terkenal yang kini bergelar pelakon Hanis Zalikha bukan calang-calang setelah ada desas-desus mengatakan sebuah kumpulan muzik dari seberang turut menyimpan hasrat bertemu dirinya.

Kumpulan Nidji yang baru sahaja mengadakan persembahannya di ibu negara baru-baru ini dikatakan berasa hampa kerana tidak dapat bertemu dengan pelakon baru yang cantik itu walaupun telah menjemputnya ke persembahan mereka.

Hanis Zalikha yang dihubungi baru-baru ini tidak menyangka pihak Nidji merasa kecewa tidak dapat bertemu dengannya, namun dia memberitahu kesibukan pada hari yang dijemput mereka itu membuatkan dia tidak berkesempatan bertemu Nidji.

“Memang saya ada terima pelawaan untuk menyaksikan persembahan dan bertemu dengan Nidji ketika mereka berada di Kuala Lumpur tempoh hari. Tetapi kalau tak salah jemputan itu sampai kepada saya agak lambat dan pada hari berkenaan memang saya ada komitmen lain.

“Saya bukanlah tersangat sibuk atau menggunakan alasan itu untuk tidak mahu berjumpa tetapi sememangnya jadual saya pada hari tersebut sudah dipenuhi dengan meeting dan beberapa perkara yang harus diselesaikan.

“Jika ia diberitahu lebih awal rasanya saya tiada masalah untuk bertemu dengan Nidji. Nak juga tahu mengapa mereka ingin berjumpa dengan saya,”ujarnya berseloroh dalam nada hairan bila bercakap mengenai kesungguhan Nidji untuk bertemu dengannya.

Terpilih menjadi salah seorang penyumbang suara untuk alihbahasa bagi filem animasi Despicable Me 2, aktres ini seronok melakukan projek bersama HBO ASIA ini yang bakal ditayangkan di saluran tersebut Aidilfitri ini.

Dia yang pertama kali mendapat tawaran ini telah belajar dengan adiknya yang mempunyai pengalaman membuat voice over untuk animasi Boboiboy. murai




0 comments:

Post a Comment