Filled Under:

Aksi-Aksi Kandid Sepanjang KLFW2014



Bermacam ragam dan adegan telah berlaku sepanjang berlangsungnya Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2014 (KLFW2014) yang telah diadakan di pusat beli-belah Pavilion bermula 18 hingga 22 Jun yang lalu.

Di sini ingin berkongsi beberapa detik istimewa yang mungkin tidak dipamerkan di lantai runway.

Ikuti koleksi gambar candid selebriti dan juga model popular tanah air yang sempat dirakamkan untuk menjadi tatapan pembaca setiap segmen Stailista.



Keith Foo
Ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang duduk di sebelah aktor kacak, Keith Foo ketika menghadiri salah satu pertunjukan fesyen KLFW2014. Kelibat mereka kelihatan cukup mesra, walaupun adakalanya mereka cuba mengelak daripada gambar mereka dirakamkan oleh pihak media.

Kalau nak tahu itulah kekasihnya, Kim Raymond yang dikatakan bakal mengikatkan tali pertunangan tidak lama lagi.



Syomir IzwaPereka fesyen Syomir Izwa telah menarik perhatian ramai dengan rekaan persalinan bewarna-warni yang telah digayakan oleh beberapa selebriti popular antaranya, Sazzy Falak, Yasmin Hani, Aishah Sinclair dan penyanyi jazz, Ushera.

Mereka telah tampil pada pertunjukan fesyen pereka itu dan telah mendapat tumpuan lensa kamera kerana rekaannya yang menarik dan permainan warna yang cukup ceria.



Sharifah Sakinah
Lihatlah gelagat Sharifah apabila kelibatnya yang cukup seksi dirakamkan oleh portal murai.com.my. Apa yang pasti dia kelihatan cukup bersahaja dan sporting habis apabila disapa ramah.

Jangan tak tahu, dia juga telah ditempatkan di tempat duduk paling hadapan (front row) bersama-sama artis serta pengamal fesyen popular yang lain ketika menghadiri salah satu pertunjukan fesyen pada acara berkenaan.



Sharifah Amani & Nadia Aqilah
Meskipun datang lewat ke pertunjukan fesyen Amir Luqman, namun itu tidak bermaksud kedua-dua rakan baik itu tidak boleh memberi sokongan padu kepada pereka fesyen berkenaan.

Mereka berdua tampil dengan persalinan rekaan Amir Luqman dan sempat memberikan pose menarik sehingga menggelitik hati di kiri kanan mereka.



Amir Luqman
Pereka fesyen kontroversi, Amir Luqman tidak sudah-sudah tampil dengan sesuatu yang kontroversi. Kali ini dia bukan sahaja dapat jalan seiringian dengan dua model tempatan kegemarannya iaitu Tinie dan Deanna, malahan dia telah membuat semua tetamu memberikan tepukan bergemuruh apabila menyarungkan sut yang terdedah di bahagian belakang, tetapi sopan pada bahagian depan.



Zahida Rafik
Beginilah aksi Zahida Rafik apabila diminta portal murai.com.my untuk merakamkan lagaknya yang duduk di bahagian depan untuk salah satu acara pertunjukan fesyen KLFW2014.

Lihatlah siapa di sebelahnya itu? Itulah Neelofa yang sebelum berhijab yang kelihatan cukup sibuk membetul atau mencari sesuatu dari tas tangannya. Pastinya mereka seronok apabila dapat duduk sebelah menyebelah. Tak gitu Zahida?



Tengku Azura
Kalau dinamakan supermodel, maka penampilan juga pastilah seperti seorang supermodel dan nampaknya kali ini Tengku Azura tidak keseorangan kerana dia telah ditemani suami tercinta yang sama-sama baru pulang dari berbulan madu di sebuah pulau indah.

Walaupun tidak melalui laluan runway (kerana mahu memberi peluang orang baru), tetapi dia telah diberikan penghormatan untuk duduk di tempat duduk paling hadapan, sambil tangannya memegang kipas dan sekali sekala menggenggam tangan suami tercinta. So sweet.



Izara Aishah
Berkali-kali Izara Aishah berpesan kepada portal murai.com.my supaya tidak merakamkan gambarnya bersama anak Datuk K iaitu Adib. Tapi nampaknya, hubungan mereka telah dapat dihidu ramai, terutama sekali pihak media dan mereka secara terang-terangan tampil bersama-sama ke KLFW2014.

Apa yang pasti, mereka berdua kelihatan cukup manis bersama dan tentunya ramai peminat yang gembira jika benarlah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.



Khoon Hooi
Sempena KLFW2014, program infotaiment hlive! juga tidak melepaskan peluang untuk membuat liputan dan Ayie Ali menerusi segmen Stailista telah menggunakan peluang keemasan itu untuk menemuramah beberapa selebriti popular yang hadir.

Bukan sahaja gaya dan fesyen mereka yang menjadi perhatian segmen Stailista, malahan juga koleksi setiap pereka fesyen telah menjadi bualan untuk segmen itu. Antara pereka fesyen yang ditemuramah ialah Khoon Hooi, Alia Bastamam dan Syaiful Baharim.



Ning BaizuraAmboi, khusyuk sungguh Ning Baizura dan pembantu peribadinya memerhatikan salah satu rekaan daripada salah seorang pereka tanah air, sehingga tidak perasan gambarnya sedang dirakam.



Jurukamera
Beginilah ramainya barisan jurukamera yang hadir dalam merakamkan detik-detik indah sepanjang berlangsungnya KLFW2014 dan mereka telah berkampung di pusat beli-belah Pavilion, sehari sebelum bermulanya festival fesyen berkenaan.

Apa yang pasti, ramai jurukamera yang telah mendapat spot dan angle terbaik masing-masing kerana penganjuran KLFW tahun ini adalah paling tersusun dan teliti pernah dianjurkan dalam sejarah. 
murai




0 comments:

Post a Comment