Filled Under:

Roslan Shah: Ifa Beransur Pulih


PENYANYI, pelakon dan pengacara Ifa Raziah, dikhabarkan semakin pulih selepas selamat menjalani pembedahan bagi membuang beberapa ketulan di kedua-dua belah bahagian payu daranya, kelmarin.

Menurut teman baiknya, penyanyi dan pengacara, Roslan Shah, Ifa menjalani pembedahan selama tujuh jam dan dia bersama Fazli Zainal sempat melawat Ifa malam tadi.

"Ketulan tersebut mula dikesan sejak 2011 lagi, tapi sebabkan sakit kebelakangan ini dan nasihat daripada doktor pakar, Ifa setuju untuk buat pembedahan di Beverly Wilshire Medical Centre, Kuala Lumpur," katanya kepada Zass.

Roslan berkata, ketika melawat rakan baiknya itu, Ifa tidak banyak bercakap kerana masih lemah dan hanya meminta saya dan rakan-rakan lain mendoakan dia agar cepat sembuh.

"Ketika saya datang, dia meminta saya menyuapkannya makan. Memang saya terkejut dengan permintaannya, tapi saya turutkan juga.

"Apa yang saya tahu, hari ini (semalam), Ifa sudah bercakap, beransur pulih, namun kesan pembedahan itu masih lagi sakit," ujarnya yang turut meminta semua pihak mendoakan agar Ifa cepat sembuh seperti sedia kala.

Sebelum ini, Ifa dijangkiti virus di bahagian payudara pada 2011 sehingga menyebabkan payudaranya membengkak dan ada ketulan. sinarharian




0 comments:

Post a Comment