Umum mengetahui adik kepada Sharifah Shahira iaitu Sharifah Sakinah sering mengundang kontroversi dengan gambar-gambar yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram mahupun laman sosial Keek tidak lama dahulu. Sakinah sering ditempelak kerana dikatakan tidak sensitif dengan pandangan masyarakat.
Antara yang menjadi bualan peminat dunia hiburan ialah ketika Sakinah memuat naik beberapa gambar tayang perut dan gambar t-shirt berimej payudara. Biarpun Sakinah punya alasan sendiri, namun ramai yang menghentam tindakannya itu.
Agak-agaknya bagaimana penerimaan keluarga Sakinah? Menurut kakaknya, Shahira atau Shira, pihak keluarga memang menyedari semua gosip-gosip atau kontroversi yang singgah terhadap adiknya itu. Bagaimanapun, mereka tidak terlalu mengambil pusing kerana tahu keperibadian sebenar Sakinah.
“Kami tak sangka Sakinah boleh mengundang pelbagai kontroversi melalui akaun Instagramnya itu, Tetapi, dia memang suka buat benda-benda yang pelik. Kami sekeluarga bukan tidak pernah menasihatkannya. Kami dah cakap pada dia, apa-apa yang dia buat dia perlu bertanggungjawab. Dia pun faham dan kata okay.”
“Secara peribadi, saya tidak menghiraukan sangat cakap-cakap orang tentang Sakinah. Saya tahu hati dia baik. Dia tidak pernah membantah cakap kami. Kalau minta sebarang pertolongan, pasti dia akan buat, tanpa beri sebarang alasan untuk menolak. Dia juga sering menjaga nenek suami saya, Ijoy. Pihak keluarga memang faham sangat dengan perangai dia. Orang yang tidak kenal dengan dia memang boleh berkata apa sahaja,” ujar Shira dipetik portal GUA.
Hmmm.. Nak buat macam mana kan? Dah berjuta-juta orang nasihat dan menghentamnya namun Sakinah tetap macam tu juga. Terus dengan kontroversinya. Bagaimanapun adakala kontroversi Sakinah boleh pakai juga. Sekurang-kurangnya banyak media sosial dapat ‘untung’ dari cerita panasnya. Huhu… ammboi
0 comments:
Post a Comment