Ramai yang menjadi bingung mengapakah pesawat malaysia boleh menjadi mangsa sasaran tembakan di pergolakan perperangan di antara Ukraine dan Russia.
Di mana dikatakan pihak Ukraine menuduh kumpulan pemisahnya menjadi dalang yang menembak jatuh pesawat MH17, bagaimanpun pihak pemisah menafikannya.
Untuk pengatahuan korang semua Pesawat MH17 adalah pesawat ketiga terhempas di Ukraine dalam masa seminggu. Pihak berkuasa Ukraine memetik laporan The Los Angeles Times pada Isnin, pesawat Tentera Ukraine AN-26 ditembak jatuh di kubu kuat pemisah di Luhansk, sempadan Rusia.
Media Rasmi Russia pagi ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya pada waktu yang sama dalam penerbangan MH17, sebuah pesawat milik Russia, IL96 yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin.
Putin yang baru pulang daripada satu konvensyen di Brazil dilaporkan akan melalui laluan yang sama dilalui MH17, namun pesawat Putin pulang agak lewat berbanding MH17.
Gambar di atas kita dapat lihat jalur yang terdapat pada pesawat MAS hampir sama dengan pesawat Russia dan gambar di bawah pulak kita dapat lihat jalur yang terdapat pada badan kapal terbang hampir sama dengan bendera negara Russia.
Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.
"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.
Selain itu, seorang berpakaian tentera mengeluarkan kenyatan amaran awal. "kami sudah beri amaran jangan terbang diangkasa kami"
mazeermohamad
0 comments:
Post a Comment