Seperti yang kita maklum, pelakon, pengacara dan pelawak popular Zizan Razak kini sudah sah meninggalkan program Melodi. Namun menjadi tanda tanya banyak pihak apa punca Zizan tiba-tiba meninggalkan program berkenaan sedangkan beliau begitu serasi bergandingan dengan Awal Ashaari.
Dalam pada itu tersebarnya khabar angin mengatakan kontrak Zizan Razak tidak disambung kerana isu peribadi yang tidak berkesudahan termasuk kontroversi hubungan dengan Emma Maembong. Selain itu ia juga kerana Zizan sudah pun menandatangani kontrak untuk berada di bawah pengurusan Astro.
Bagaimanapun menerusi laporan Berita Harian hari ini, Zizan Razak tampil menafikan isu peribadi beliau termasuk hubungan dengan Emma Maembong menjadi punca beliau digugurkan dari Melodi. Zizan menjelaskan dia meninggalkan Melodi ekoran kontrak yang sudah tamat dan tidak disambung oleh pihak TV3.
“Sebenarnya saya sudah dimaklumkan berhubung kontrak ini sejak beberapa bulan lalu. Saya akur dan menghormati keputusan mereka, malah bersyukur dengan peluang selama empat tahun yang diberikan itu. Ia tiada kena mengena dengan kesilapan mahupun berkaitan kontroversi. Mereka cuma ingin memberi ruang kepada wajah baharu. Lagipun, saya sudah lama bersama Melodi, ada baik dan buruknya juga jika terlalu lama bersama sesebuah program.”
Dalam temubual yang sama, Zizan Razak meluahkan rasa kesal apabila Emma Maembong turut diheret dalam kemelut syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment dan menegaskan teman wanitanya itu tidak pernah mencampurkan urusan kerja dan peribadi. aiskosong
0 comments:
Post a Comment