KUALA LUMPUR: Penerbangan AK278 Air Asia tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei, petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk selepas juruterbang berjaya memberhentikan pesawat dengan selamat di landasan yang licin selepas hujan.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 1.10 petang
Air Asia melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman Facebook syarikat penerbangan itu tadi, mengesahkan satu insiden menimpa pesawat berkenaan sehingga memaksa 103 penumpang dan tujuh anak kapal diarahkan keluar dari pesawat. Bagaimanapun, semua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. BH Online
0 comments:
Post a Comment