Filled Under:

Haliza Misbun: Bukan Saya Yang Sebarkan Gambar-Gambar Itu!


Pelakon Haliza Misbun menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media.

"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan. "Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yang merakamkan gambar-gambar tersebut," kata Haliza Misbun kepada portal Murai. 

Pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) berkata demikian ketika mengulas tindakan vokalis Awie Wings yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun hingga mendatangkan kecederaan ketika dakwaan tersebut dibacakan di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu.

Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang. "Hormati juga proses penghakiman yang sedang berlangsung sekarang," katanya lagi. 
Murai




0 comments:

Post a Comment