Ops, apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa tiba-tiba Emma Maembong luah perasaan di laman sosial Instagram miliknya? Adakah memang benar Emma dan kekasihnya Zizan Razak bergaduh? Banyak betul persoalan dari foto yang dikongsikan Emma itu.
Sudah tentu ia menjadi pertanyaan peminat mereka apatah lagi seperti yang kita tahu banyak betul dugaan yang terpaksa Emma dan Zizan tempuhi sejak kebelakangan ini. Tambahan pula yang terbaru Emma dikatakan menjadi ‘dalang’ kepada konflik Wirefame Entertainmet (WFE). Dia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan ingin pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti.
Kalau sebelum itu ada yang menyebarkan cerita kononnya populariti Zizan jatuh menjunam sejak bercinta dengan Emma Maembong. Itu dijadikan punca Zizan kurang mendapat undian dan pulang tangan kosong walaupun tercalon dalam lima kategori dalam ABPBH2013.Apapun mungkin ia bukan rezeki Zizan dan tiada kena mengena dengan Emma pun.
Selain itu menerusi ruangan komen, ramai peminat yang menasihati Emma supaya bersabar dengan dugaan sepanjang bercinta yang sudah tentu ada pasang surutnya. Adakah luahan perasaan itu ada kena mengena dengan hubungan mereka? Hanya Emma dan Zizan yang boleh menjawab pertanyaan tersebut. ammboi
0 comments:
Post a Comment