EIRA bahagia di samping suami dan anaknya, Amarra Sofea Rose.
Apatah lagi, tanggal 29 Jun lalu yang juga menjadi hari pertama umat Islam di negara ini menjalani ibadat puasa, Eira, 30, turut memaklumkan tarikh itu adalah hari lahir ibunya yang ke-62.
Katanya, perasaan sedih kerana kehilangan orang tersayang dalam hidup terutama ibu memang sukar digambarkan. Menurut isteri kepada pelakon Azad Jazmin ini, dia percaya hanya individu yang pernah kehilangan ibu dapat merasai perasaan sedih dialaminya itu.
“Walaupun ini tahun Ramadan kedua saya dan keluarga berpuasa tanpa ibu di sisi, namun ingatan dan kasih sayang kami terhadap arwah tidak pernah pudar. Hingga kini, saya sekeluarga masih mengingatinya.
“Tak dinafikan, kami masih lagi terkenangkan sajian enak disediakannya, kasih sayang arwah dan apa saja yang pernah dicurahkan buat saya, ayah, adik-adik dan keluarga kami,” katanya. hmetro
0 comments:
Post a Comment