Filled Under:

Kelebihan Makan Guna Tangan


Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan & apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan & minum dengan tangan kiri.

Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere iaitu kiri & kanan. Bahagian kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak & sebaliknya. Kajian sains menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti dibahagian kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri lebih aktif diotak sebelah kanan.

Makan menggunakan tangan kanan adalah sunnah Rasulullah SAW. Kelebihan menggunakan tangan kanan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila kita dilarang menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi.

Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan & zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda sering makan menggunakan tiga jari kanan & pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana setiap jari itu mengandungi enzim & asid yang membantu menghadam makanan.

Pengkaji saintifik juga mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid & enzim iaitu sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan serta dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Apabila perut terlalu lapar & kosong, ia akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Oleh itu, kita digalakkan memulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis seperti buah tamar (kurma) kerana kandungan glukosanya yang sangat tinggi seperti yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW. nurulazam




0 comments:

Post a Comment