Filled Under:

MH 370: Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama


Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.

The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.


Lapor media itu, polis sudah menemu bual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie, seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial serta tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh pembantu pilot, Fariq Hamid dan anak kapal pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi “rehearsal” pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di sebuah pulau dengan landasan yang pendek.

Fail simulator tersebut didapati dipadamkan, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya.

Juruterbang tersebut juga tiada rahsia dengan hobi luar biasanya, mencipta video penerbangan yang dimuat naik di internet.

Bekas rakan sekerjanya berkata, Zaharie gembira menerbangkan Boeing 777 sehingga beliau sanggup menghabiskan masa cutinya dengan membina simulator penerbangan pesawat itu di rumah.

"Beliau adalah seorang juruterbang yang sangat mahir dengan teknologi penerbangan. Sesiapa saja boleh tanya dan dia pasti akan membantu,” kata seorang pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS) yang pernah terbang bersama Zaharie sebelum ini.

Tetapi di sebalik kehidupan sebenar, Zaharie yang hidup selesa di pinggir bandar Kuala Lumpur tinggal bersama tiga anak dan seorang cucu berusia lima tahun, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Zaharie mulai retak.

Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh keluarga Zaharie. sinarharian




0 comments:

Post a Comment