Kejadian yang berlaku pada jam 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun itu dikatakan cuba mengelak sekatan jalan dengan melalui lorong tunai Plaza Tol sebelum motosikal terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.
Mangsa parah di bahagian kepala akibat kemalangan dan dikejarkan segera ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dakwa bapa mangsa, anggota JPJ sengaja membaling objek berkenaan.
Menurut sumber yang tidak dikenali ini mendakwa, anggota JPJ terbabit membaling beacon kepada sebuah kereta yang cuba lari dari sekatan jalan raya. Namun, beacon tersebut mengenai penunggang motosikal yang tiada kena mengena dengan kejadian.
Gambar bawah diambil oleh orang ramai di tempat kejadian.
Saksi juga menjelaskan, akibat terkejut dengan insiden itu, anggota JPJ berkenaan membaling kon secara spontan. mazeermohamad
0 comments:
Post a Comment