Filled Under:

‘Saya sudah maafkan Diana’


Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil Zahari, 33, tidak marah dengan tindakan isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 23, yang baru-baru ini melepaskan kemarahan menerusi laman sosial Instagram berikutan tidak puas hati dengan gambar Farid berpegangan tangan dengan pelakon Nora Danish untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam tersebar.

Farid ketika ditemui menyifatkan isu berkenaan hanya salah faham kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

“Saya juga sudah maafkan Diana dan kami ada berbincang mengenai hal itu juga. Tindakan Diana memadam gambar berkenaan selepas itu pun bukan atas kehendak saya kerana saya tidak berhak atas akaun Instagram miliknya itu.

“Apa yang pasti, saya tidak melihat ia satu kesalahan besar kerana saya profesional dalam kerjaya saya. Isu itu pun tidak menjadi masalah dalam kerjaya saya,” katanya ditemui pada pelancaran filem Lagenda Budak Setan 3 di sini, semalam. hmetro




0 comments:

Post a Comment