Filled Under:

Awal Tunaikan Nazar Buat Majlis Kesyukuran Setelah Scha Mengandung



Selepas pengumuman khas yang dibuat secara ekslusif di HLive! pada Jumaat lepas tentang jantina kandungan selebriti Scha Al-Yahya, dia berserta suami, Awal Ashaari telah mengadakan majlis kesyukuran bagi memberkati kurniaan yang diamanahkan kepada dia dan isterinya tersebut.

Majlis bertemakan kuning menaik lagi seri wajah ibu mengandung dengan keceriaan dan kemeriahan yang diserlahkan oleh kehadiran rakan selebriti, media, peminat serta turut tidak dilupakan golongan yang kurang bernasib baik juga diraikan dalam majlis yang berlangsung daripada tengahari sampai ke malam.



Kedua mereka yang ditemui di sebelah malam iaitu ketika majlis kesyukuran kelihatan penat namun masih menjalankan tanggungjawab sebagai tuan rumah dengan melayan tetamu jemputan yang hadir. Menurut Awal, majlis yang diadakannya itu juga adalah kerana menunaikan janjinya yang bernazar jika Scha mengandung.

“Majlis hari ini sepatutnya lepas kahwin dulu dah buat. Kerana sibuk ditunda-tunda sampailah Awal sendiri bernazar jika Scha mengandung kena buat sebuah majlis kesyukuran. Itulah cerita sebenarnya majlis hari ini.

“Bila dah fikir pasal majlis kesyukuran, jemputan pula macam terhad. Jadi bila dah ada deko dan hiasan cantik daripada Kuntum by Najeeb kami ambil kesempatan waktu petang tersebut dengan menjemput klien-klien yang terdiri dari yang bukan Muslim yang selama ini memberikan kepercayaan kepada kami berdua menjadi jurucakap atau pun duta.

“Waktu petang biasalah ada aktiviti-aktiviti sikit dan ia dapat memberi peluang kepada rakan untuk datang malam atau petang,”jelas Awal tentang majlis serba kuning yang ceria dengan deko terdiri daripada pakaian serta kelengkapan untuk bayi baru lahir.



Seramai 30 orang pelajar dari Rumah Tahfiz Paya Jaras turut hadir memeriahkan majlis yang dimulakan dengan bacaan surah Yaasin sebelum tuan rumah beramah mesra dengan para jemputan.

Pasangan yang dikenali ramai sebagai Schawal ini mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkhabaran tentang jantina bayi mereka akhirnya telah diberitakan secara eksklusif di HLive! pada jam 8.30 malam tadi (Jumaat) di Astro Ria 104 dan Astro Maya HD 135.

Scha yang memasuki bulan ke lapan dijangka akan melahirkan bayinya Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Terdahulu, Awal dan Scha bernikah pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya. murai




0 comments:

Post a Comment