Filled Under:

Johan As'Ari Dan Kaka Dedah Punca Bengang Dengan Zizan Razak


Seperti yang kita maklum, ada krisis sedang melanda syarikat milik pelakon, pengacara dan pelawak terkenal,Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE). Terbaru, artis-artis dibawah naungan syarikat ini termasuk Johan As’ari dan Kaka Azraff dilaporkanbengang dengan sikap pengarah urusan mereka iaitu Zizan Razak yang telah membekukan akaun syarikat.

Perkara ini diketahui setelah artis dan kakitangan Wirefame mau keluarkan duit hasil daripada kerja mereka tetapi duit tidak dapat dikeluarkan. Apabila ditanyakan kepada pihak bank apakah sebabnya mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka, jawapan yang diterima daripada pihak bank adalah akaun tersebut telah dibekukan.

Menurut laporan Harian Metro, Zizan telah membekukan akaun syarikat sejak 4 Jun 2014 lalu.Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru, namun kerana tindakan Zizan itu, dia kini berdepan dengan pelbagai masalah. Johan yang tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei hingga menyebabkan dia tidak dapat membayar bil rawatan ibunya di hospital. Bukan sahaja Johan, malah, Kaka Azraff turut menerima tempias yang sama hingga merasakan dirinya menjadi mangsa kerana tindakan Zizan itu.

“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri.” Tidak pasti pula apa masalah yang melanda Zizan dan syarikatnya. Namun, khabarnya ada antara artis naungan WFE bakal membuat laporan polis mengenai perkara tersebut. isu-hangat




0 comments:

Post a Comment