Orang zaman dulu-dulu tak ada ultrasound atau scan untuk tahu jantina anak dalam perut. Jadinya, mereka ikut pada cara nenek moyang jer. Berkemungkinan 50% ke 70% adalah betul.
Bentuk Perut
Bayi Lelaki – perut memboyot ke depan, kelihatan tajam & rendah ke bawah.
Bayi Perempuan – perut tinggi ke atas & kelihatan bulat.
Garisan Perut
Bayi Lelaki – garisan tegak dari bawah ke atas terang & jelas.
Bayi Perempuan – garisan akan kelihatan terputus-putus & kurang jelas.
Wajah
Bayi Lelaki – wajah kelihatan berseri-seri ketika hamil.
Bayi Perempuan – wajah kelihatan kusam & tidak bermaya ketika hamil.
Alahan
Bayi Lelaki – alahan mungkin tiada semasa trimester pertama hamil atau kurang mabuk.
Bayi Perempuan – mabuk hamil atau alahan teruk sepanjang trimester pertama hamil.
Suhu BadanBayi Lelaki – tapak kaki & badan cepat sejuk daripada sebelum hamil.
Bayi Perempuan – badan cepat panas walaupun cuaca atau keadaan sekeliling amat sejuk.
Buku Lali
Bayi Lelaki – buku lali kelihatan licin & agak putih berbanding sebelum hamil.
Bayi Perempuan – buku lali kelihatan kehijau-hijauan berbanding sebelum hamil.
Payudara
Bayi Lelaki – payudara kanan agak besar dari kiri.
Bayi Perempuan – payudara kiri agak besar dari kanan.
Tekstur Kulit
Bayi Lelaki – kulit muka atau badan agak kering.
Bayi Perempuan – kulit menjadi agak lembut walaupun tidak memakai losyen.
Posisi Tidur
Bayi Lelaki – posisi tidur lebih kerap ke kiri badan.
Bayi Perempuan – posisi tidur lebih kerap ke arah kanan badan.
Air Kencing
Bayi Lelaki – air kencing berwarna kuning cerah.
Bayi Perempuan – air kencing berwarna kuning samar.
Jika para-para ibu rasa tak pasti, pergi je klinik & buat ultrasound atau scan. Zaman dah moden kan, semua jadi senang… nurulazam
0 comments:
Post a Comment