Filled Under:

4 tips simpan duit


Saya nak kongsi sikit tips simpan duit hasil bacaan saya dan program-program tv yang saya tengok berkisar tentang kewangan...

Tips tu saya namakan 4 S

iaitu~

S- Save/Simpan..
Kebiasaannya buku-buku kewangan akan suruh kita simpan duit dulu..baru belanja...minima 10% yang kita dapat..contoh kita dapat rm 300..jadi kita simpan rm 30..

S-Share/Sedekah
Ini pula kesimpulan yang saya dapat hasil daripada bacaan buku Mudahnya Menjemput Rezeki..dan daripada kata-kata pensyarah saya~pensyarah saya cakap ada tak orang yang jadi miskin disebabkan suka bersedekah?? heh..tapi kena berpada-padalah..macamdalam buku tulisan Chef Li...Menjejaki Jutawan Senyap... kedekut yang berasaskan kira-kira adalah lebih baik daripada pemurah yang membabi buta...

S- Solve/SelesaiSolve atau selesai dekat sini bermaksud selesaikan hutang-hutang yang kita ada dahulu....yang ini saya dapat hasil tengok cerita Maxed Out..siaran tv IQ...channel 610.....program ini cerita tentang cara-cara pengurusan kewangan...tapi untuk orang US...dan disiarkan rancangannya di Malaysia...

S-Spend/Seronok
Spend maksudnya bila dah buat semua dekat atas..duit yang kita tinggal itulah untuk buat belanja...sebab tu saya letak seronok...seronok berbelanja


Jadi itulah tips yang saya nak kongsi dekat sini...ok2..sebelum ahli WC komen seperti siapa dia ni?nak bagi nasihat tentang urus duit dekat aku pula? saya mengaku yang saya cumalah seorang pelajar...dan ada hutang PTPTN yang nak kena bayar..serta saya tipulah kalau saya cakap saya berjaya ikut semua tips yang saya kongsi ini tanpa masalah..saya pun kadang-kadang belanja kemudian baru simpan..cuma buku-buku yang saya baca tentang cara urus wang..inilah kesimpulan yang
saya dapat....

Harap-harap bermanfaat lah yer. wangcyber 
AT-TARMIZI 




0 comments:

Post a Comment