Dek kenyataan yang dikeluarkan Rita, ada segelintir pihak yang menganggap dirinya sengaja mengada-adakan cerita. Lantas, MH Online menghubungi aktres versatil itu bagi mendapatkan reaksi daripada kenyataan bekas suaminya yang disiarkan menerusi sebuah akhbar online pagi tadi.
"Aidil yang meminta saya muat naik aplikasi Wechat sebab senang nak berhubung dengan anak secara 'video call'. Saya menolak sebab tidak suka menggunakan aplikasi yang jarang digunakan. Akhirnya saya akur kerana dia menggunakan alasan anak-anak.
"Selepas muat naik, dia sempat buat panggilan video sekali sahaja dan disekat oleh isterinya tiga hari selepas itu kerana kantoi dia berhubung dengan saya dan anak-anak. Kemudian, Aidil menghubungi saya menggunakan nombor lain. Saya tanya, mana pergi telefon lagi satu dan Aidil menjawab isterinya ambil.
"Bila saya tanya kenapa, dia jawab lagi isterinya itu terjumpa 'history' panggilan video yang pernah dibuat sebelum ini. Saya cakap dengannya, kenapa perlu takut sedangkan apa yang dia buat itu adalah untuk anak-anaknya sendiri.
"Aidil juga cakap, dek kantoi dengan aplikasi Wechat itu dia dan isterinya bergaduh sehingga habis barang-barang di rumah dipecahkan."
BERSUMPAH
Tidak hanya selepas berkahwin, Rita juga memberitahu Aidil sudah mengadu dengannya sebulan sebelum berkahwin.
"Sebulan sebelum dia kahwin ada beberapa kali dia datang berjumpa anak-anak. Saya ingat lagi, dia pernah bersumpah yang mana tidak ada sesiapa yang boleh menghalang dia berjumpa dengan anak-anaknya.
"Ketika itu saya rasakan dia sudah berubah sepenuhnya. Saya yakinkan anak-anak untuk berjumpa dengannya. Disebabkan anak bongsu, Arjuna tidak pernah kenal siapa dia, saya memberitahu yang Aidil itu adalah ayahnya. Ketika itu Arjuna sempat cakap, kalau betul ayah kenapa dia tinggal Adik Mok (gelaran untuk Arjuna).
"Aidil cakap bagi peluang untuk dia jalankan tanggungjawab terhadap anak-anak. Saya cakap balik, soal itu memang sudah lama menjadi tanggungjawabnya dan tidak perlu minta daripada saya.
"Tapi, bila dia hilang lagi saya pun cakap untuk diri sendiri cukuplah apa yang dia buat. Saya rasa sudah tidak terkira janji-janjinya. Tidak perlu berikan 1001 alasan dongeng kerana saya dan anak-anak sudah malas dan tidak hadap lagi untuk menunggu sebarang panggilan atau mesej daripadanya."
SEBAB TAK BALAS MESEJ
Soal dikatakan tidak memberitahu dan membalas kiriman mesej tentang kesihatan anaknya, Rita ada jawapannya.
"Bila anak masuk hospital saya sengaja tak letak gambar di Instagram. Selepas hari keempat barulah saya muat naik. Lepas tu, baru dia mesej saya. Memang saya tak membalas mesej tersebut sebab saya rasa dia sudah tidak layak untuk ambil tahu fasal anak-anak.
"Takkan anak masuk hospital baru nak mesej? Takkan semua perkara saya pula kena kemaskini dengannya? Nanti saya pula dikata mengganggu rumah tangga mereka meski ia berkaitan hal anak. Dia yang perlu buat semua itu sebab dia bapa kepada anak-anak saya.
"Bila fikir balik janji-janji yang dia berikan sewaktu mula-mula berjumpa anak iaitu sebelum dia berkahwin, memang geram dibuatnya. Mana janji yang nak berikan duit sekolah anak-anak? Mana janji nak berikan pembantu rumahFilipina? Semua itu dia pesan jangan beritahu sesiapa sebab nanti bakal isterinya marah.
"Saya pegang janji dan hal yang dia mengadu dengan saya. Tapi bila semua ini dia salahkan saya balik dan cakap saya mulut jahat, saya tak boleh diam. Saya perlu cakap semuanya yang itulah perangai sebenar Aidil. Kalau depan saya dia boleh bercerita buruk fasal isterinya, tak mustahil depan isterinya dia burukkan saya."
SIKAP ZAREMA
Setiap kali datang berjumpa anak-anak, Aidil pasti meluahkan rasa dan mengadu tentang sikap isterinya baik sebelum atau selepas kahwin.
"Pernah satu hari Aidil datang dengan menaiki kereta lain. Bila saya tanya mana kereta, dia jawab perempuan tu ambil sebab tak benarkan dia jumpa anak. Aidil siap cakap, dia tebalkan muka untuk meminjam kereta kawannya semata-mata mahu pergi jumpa anak.
"Dua minggu sebelum mereka dinikahkan, Aidil juga mengadu yang dia tak mahu kahwin. Dan ketika dia cakap hal itu, Aidil mengatakan bakal isterinya itu sedang berparti di luar. Saya cakap dengannya, sepatutnya hal ini mengadu pada ibu bapanya, apa yang Aidil cakap adalah dia takut.
"Selain itu, Aidil juga pernah sewakan saya dan anak-anak sebuah bilik di hotel ternama di KL bagi memudahkannya pergi berjumpa anak. Sedangkan pada hari itu saya kena balik kampung. Mengenangkan dia teringin sangat nak jumpa anak-anak, saya batalkan penerbangan. Dan hal itu juga diketahui oleh bakal isterinya.
"Tidak hanya itu, Aidil juga mengadu yang habis duitnya digunakan bagi menanggung perbelanjaan majlisperkahwinan di sebelah pihak perempuan."
Satu hal lagi, Instagram milik Aidil juga dikawal oleh isterinya sebelum berkahwin lagi.
"Aidil ada cakap yang perempuan itu menggunakan akaun Instagramnnya untuk membalas semua komen-komen peminat yang mengkritiknya."
Menurut Rita, apa yang didedahkan ini bukanlah berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin membela diri selepas apa yang Aidil perkatakan tentang dirinya seolah-olah dia mereka-reka cerita.
"Saya bukan perempuan yang senang nak diperkotak-katikkan. Dia gunakan persengketaan kami untuk menutup salahnya. Apa yang saya ceritakan ini bukan fitnah tapi semuanya daripada mulut Aidil sendiri. Saya perlu bela diri kerana saya memang jenis yang lantang dan telus daripada bersikap 'silent killer' seperti dia." Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment