Filled Under:
Hiburan
Chacha Maembong Tersepit Antara Syarikat Pengurusan Dengan Kakak
Posted By:
Unknown
on July 01, 2014
Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, akui yang dia tersepit dengan masalah yang timbul di antara syarikat pengurusannya Wirefame Sdn. Bhd. dan kakaknya, Emma Maembong.
Dia juga memberitahu tidak mahu menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda syarikat pengurusan tersebut baru-baru ini.
Menurut Chacha lagi setakat ini tiada masalah bagi pihaknya untuk terus berada di bawah pengurusan Wirefame sehingga kontraknya tamat pada akhir tahun ini.
"Secara jujur memang saya tersepit antara kerja dengan hubungan adik-beradik tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berlaku adil, namun saya tidak mahu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan mereka," katanya seperti yang dipetik daripada portal mStar Online.
Tambah Chacha lagi keputusan Emma untuk keluar daripada syarikat pengurusan adalah disebabkan masalah peribadi dan perkara tersebut tidak mempengaruhi dirinya.
“Hubungan saya dan Emma biasa-biasa sahaja, tidak bergaduh. Saya akan cakap baik-baik dengan dia kalau ada benda tak betul. Dengan pihak pengurusan pun begitu juga.
“Saya tidak mahu serabutkan diri dengan masalah begini sebab saya berada dalam industri ini untuk bekerja bukan bergaduh,” katanya.
"Saya masih baru dalam industri dan tidak mahu serabutkan diri dengan masalah sebegini, saya nak bekerja bukan nak bergaduh," katanya. Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment