Filled Under:

Hukum Al Quran Dalam Telefon Pintar


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku yakin korang mesti tertanya-tanya apa hukum agama Islam dalam memuatnaik (download) applikasi al Quran ke dalam telefon pintar korang seperti iPhone, HTC, Samsung, Blacberry, Nokia dan macam-macam lagi kan? Yelah, Al-Quran kan kitab suci, camna kalau kita bawah telefon pintar tadi ke dalam tandas sebagai contohnya? Tidakkah kita berdosa? Jom kita baca artikel bicara agama di bawah. Semoga kita semua bermanfaat dan menjadi insan yang lebih baik dari semalam insyaAllah.


Apakah hukum memasukkan aplikasi al quran dalam telefon pintar?

SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market. Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas?

ARIF
Selangor

Jawapan: HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran. Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas.

Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu.

Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran. i-malaysiakini




0 comments:

Post a Comment