Filled Under:

Tips Menggalakkan Anak-Anak Makan Sayur-Sayuran

Tips Menggalakkan Anak-Anak Makan Sayur-Sayuran
Sayur..antara makanan yang tidak disukai bagi sesetengah individu. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih cenderong tidak menyukai makan sayur. Kenapa yek?? Mungkin kerana sayur itu pahit dan tidak sedap bagi mereka berbanding dengan ayam goreng…. 


Sayur tidak mengandungi kolestrol, rendah lemak, rendah kalori dan rendah natrium. Serat yang terkandung dalam sayur berupaya mencegah sembelit dan beberapa jenis kanser. Sayur yang berwarna hijau dan oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata. Sayuran hijau mengandungi zat besi yang dapat mengelakkan masalah kekurangan darah. Sayur juga kaya dengan antioksidan seperti vitamin A, C dan E.

Wah sayur begitu kaya dengan khasiat tapi jarang sangat kita dengar kanak-kanak sukakannya. Sejak berzaman, kanak-kanak seakan memusuhi sayur-sayuran. Untuk menggalakkan anak makan sayur, ibu bapa mesti terlebih dahulu sukakan sayur. Tunjukkan pada anak betapa ibu dan bapanya sukakan sayur-sayuran. Hati anak mungkin terbuka untuk merasa keenakan sayur dan ketahuilah bahawa membiasakan anak makan sayur sejak kecil akan membantunya gemarkan sayur-sayuran apabila besar kelak.




Selain itu kita juga boleh mengajak anak bersama memilih sayur dan menyediakannya untuk di makan satu famili. Cara macam ni tidak semestinya berjaya dengan sekali cubaan tapi semakin kuat kita berusaha semakin besar kebarangkalian untuk berjaya. Ini aku dah praktikkan pada Aiman, sedikit sebanyak dia sudah mula sukakan sayur walaupun selalunya Aiman makan pada jumlah yang sangat sedikit. Ibu dan abah role model terbaik, aku dan en suami memang penggemar sayur. Chaiyok!hehe..

Apa yang penting cari jalan untuk mengubah persepsi anak terhadap sayur-sayuran. Jangan memaksa atau marah jika anak enggan makan sayur. Beritahu anak tentang keenakan sayur-sayuran dan kebaikan makanan tu terhadap tubuh. Jadikan juga aktiviti makan sayur-sayuran sebagai aktiviti menyeronokkan.

Sayur boleh dihidangkan dengan cara masakan yang pelbagai seperti menggoreng, mencelur, mengukus, dibuat sup, jus dan salad. Selain itu kita juga boleh mencuba pelbagai alternatif lain untuk menghidangkan sayur-sayuran kepada anak. Contohnya jika anak sukakan roti dan kek, kita boleh sediakan yang berperisa sayur seperti kek lobak merah atau roti kentang.



Selain itu, pelbagaikan kreativiti bentuk makanan yang dihidangkan kepada anak-anak. Contohnya lobak yang di potong seperti bunga-bunga…

Haa.. itu aje yang dapat GK kongsikan kepada semua. Jika anda ada pendapat lain yang dapat di kongsikan, komen lah kat bawah nih yep..




0 comments:

Post a Comment