Jika ada yang beranggapan sukar menghasilkan nasi kerabu, sebenarnya ia hanya mengambil masa sekitar 30 minit. Pemilik Restoran House Of Nasi Kerabu di Prima Sri Gombak Rohayu Mamat berkata, nasi kerabu yang enak tidak terhad untuk sarapan saja, malah kini ia turut dinikmati untuk makan tengah hari dan malam.
Keenakan nasi kerabu bergantung kepada kelapa goreng dan sambal ikan, tumisan dan budu. Jika bahan ini sedap, tentu sekali ia mampu menambah selera. Menurutnya, cara memasaknya amat mudah iaitu gunakan sebiji kelapa parut yang digoreng hingga warna kekuningan. Kemudian rebus beberapa ikan sardin dan digoreng. Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalam bahan ini.
Bagi menghasilkan nasi warna kebiruan, ambil beberapa helai daun mengkudu muda dan dikisar. Masukkan jus mengkudu ke dalam nasi yang dimasak. Ulam-ulaman kampung iaitu timun, kacang panjang, kubis dan lain-lain akan menambah keenakan masakan ini.
Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan restoran ini, layari facebook www.facebook/house of nasi kerabu.
0 comments:
Post a Comment