Filled Under:

Kisah Rasulullah S.A.W. Dan Limau Pemberian Wanita Kafir !!


Suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu Baginda s.a.w. bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda s.a.w. 

Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda s.a.w. menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w. seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w. akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w. terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. 

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda s.a.w. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w. itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. 

Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? 

Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat Baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.




0 comments:

Post a Comment