Filled Under:

Awek Cun Kesal Foto Disalah Guna Pihak Tidak Bertanggungjawab, Dimaki Hamun Peristiwa #MH370


“Kenyataan di dalam status akaun Twitter itu bukan milik saya sebaliknya disalah guna oleh pihak tertentu dengan meletakkan gambar saya di dalam profil akaun berkenaan,” kata Nurfatin Sakinah Mohd Salleh, 18.
Remaja berkenaan mendakwa menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab berhubung kenyataan berunsur maki hamun terhadap misteri kehilangan penumpang pesawat MH370 sejak Sabtu lalu.

Difahamkan, kenyataan berbaur makian terhadap ‘kebanjiran’ berita penumpang pesawat MH370 itu tersebar secara meluas sejurus ia dikongsi oleh kebanyakan pengguna media sosial di seluruh Malaysia menerusi akaun Facebook, Twitter, Instagram dan laman blog yang lain.

Lebih membimbangkan lagi, penyebaran status yang menggunakan gambarnya itu menyebabkan Nurfatin menerima pelbagai cacian serta pandangan negatif oleh masyarakat sekelilingnya selain turut menerima ugutan kasar berbaur lucah dari individu tidak dikenali.

Menurut Nurfatin, dia mula dimaklumkan berita penyebaran itu oleh adik perempuannya jam 5 petang, Sabtu lalu.




0 comments:

Post a Comment