Filled Under:

Aidid Marcello Tinggalkan TV3


Selepas 16 tahun berkidmat di stesen TV nombor satu negara TV3, pengacara dan penerbit eksekutif, Aidid Marcello akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan stesen TV tersebut berkuat kuasa pada 17 Mac ini.

Aidid yang ditemui di majlis perlancaran program 'Terima Kasih Sayang' yang dibawakan oleh Brands InnerShine semalam memberitahu keputusannya itu bagi memberi peluang untuknya fokus kepada syarikat produksinya sendiri.

"Pengunduran diri saya disebabkan dengan perubahan masa, faktor umur dan kehidupan bekeluarga saya kini yang sudah memiliki empat orang anak. Dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya saya bergerak sendiri dengan menerbitkan program-program TV.

"Melalui syarikat saya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd ada beberapa projek kecil yang sudah saya terbitkan sebelum ini. Memandangkan ketika itu masih terikat dengan TV3, jadi masa saya itu terhad. Dan bila sudah bebas, saya akan lebih aktif," kongsi Aidid.

Ditanya adakah dia sudah penat bergelar pekerja atau makan gaji di syarikat penyiaran gergasi itu, kata Aidid;

"Jujurnya, saya ada minat lain dari penyiaran. Bukan sebab duit atau gaji, tapi lebih kepada hendak majukan kehidupan dan kerjaya. Tidak ada istilah penat makan gaji, sebaliknya saya perlukan keyakinan untuk mencari pendapatan sendiri selepas ini."

Menurut Aidid, meski sudah tidak bekerja dengan TV3 atau syarikat Media Prima Berhad, Aidid masih lagi meneruskan khidmatnya sebagai pengacara untuk beberapa program yang telah ditandatangani.

Untuk rekod, Aidid bermula di TV3 pada tahun 1998 sebagai pengacara sehingga melepaskan jawatan terakhirnya sebagai Penerbit Eksekutif Pemasaran Kreatif Dan Komunikasi Saluran TV Media Prima Berhad.




0 comments:

Post a Comment