Filled Under:

‪#‎MH370‬: KAPAL CHINA KESAN ISYARAT 'PING'


‪#‎PrayForMH370‬ ‪#‎TragediMH370‬

PERTH, 06 Apr: Kapal peronda China yang dalam misi mencari pesawat MH370 mengesan isyarat di selatan Lautan Hindi semalam, mungkin petunjuk isyarat dari kotak hitam sebuah pesawat, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah pengesan kotak hitam digunakan kapal Haixun 01 mengesan isyarat ‘ping’ di sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur, kata Xinhua. Bagaimanapun, masih belum disahkan sama ada ping berkenaan ada kaitan dengan MH370 yang hilang.

Xinhua juga melaporkan pesawat tentera udara China ternampak beberapa objek putih terapung di kawasan pencarian.


Pencarian paling intensif


Pencarian yang dilancarkan semalam adalah yang paling intensif di selatan Lautan Hindi, sebelum kotak hitam itu dipercayai akan ‘hilang’ isyarat akibat kehabisan bateri.

Sejumlah 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal cuba meredah 217,000 kilometer persegi lautan sepi sejauh 1,700 kilometer di barat laut Perth berhampiran lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu berakhir bulan lalu.

“Jika kita tidak menemui apa-apa dalam masa enam minggu kami akan teruskan juga kerana ada banyak benda di dalam pesawat (tenggelam) yang akan terapung,” kata ketua agensi Australia yang menyelaraskan operasi, Angus Houston kepada pemberita.
Alat pengesan

Berpuluh penerbangan dilakukan oleh pasukan petugas multinasional dan setakat ini belum mendapat sebarang kesan daripada pesawat malang terbabit.

Pihak berkuasa Australia berkata alat Pengesan Pinger Ditunda (Towed Pinger Locator) akan ditarik di belakang kapal tentera laut HMAS Ocean Shield, bersama dengan kapal kajian hidrografi British HMS Echo.-REUTERS




0 comments:

Post a Comment