Filled Under:

Resort Perkampungan Melayu - Janda Baik, Pahang


Pasti seronok jika dapat menghirup udara segar dan melihat panorama alam semula jadi. Lebih teruja jika dapat mandi sungai sambil mencari batu-batu kecil di gigi air atau berbasikal dan melihat suasana aman kawasan kampung.

Jika ini yang anda i­nginkan, kunjungi Suria Hill Country House, Janda Baik, Pahang. Dengan panorama perkampungan Melayu dikelilingi hutan menghijau, bukit-bukau dan air terjun, pengalaman ini pasti suatu kenangan manis.



PENGINAPAN yang selesa di tengah hutan yang menghijau.

Resort ini dibina meng­gabungkan konsep tradisional dan moden kontemporari, lengkap dengan taman, dusun buah-buahan dan sungai. Kedudukannya ha­nya 45 kilometer di utara Kuala Lumpur atau sejam perjalanan menggunakan kenderaan dari ibu kota melalui Lebuhraya Karak.

Tempat ini sesuai untuk bersantai bersama rakan, keluarga, mesyuarat korporat, kursus bina semangat atau hari keluarga. Ketua Pegawai Operasinya, Nor Dalina Khalil berkata, tempat itu mempunyai 16 bilik yang dihias cantik dan mewah untuk memberi keselesaan sepanjang menginap.

Beliau berkata, resort itu boleh menampung sehingga 48 tetamu dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti antaranya ‘jungle trekking’, ‘water tubing’, ‘paintball’, ‘flying fox’, mandi sungai atau bersiar-siar di sekitar kampung.

“Pada musim buah, kunjungi dusun atau kolam ikan sambil menghirup udara segar. “Jika penat, anda boleh mandi-manda di sungai atau menggunakan kemudahan jakuzi di taman,” katanya. Pihaknya turut mengadakan promosi istimewa bilik penginapan dan sarapan bermula dari RM180 pada hari biasa dan RM200 pada hari minggu.

“Bagi mereka yang datang secara berkumpulan, kami menyediakan pakej istimewa antaranya seminar bagi korporat bermula dari RM180, kakitangan kerajaan dari RM170 serta pakej hari keluarga dari RM180.

“Pakej itu menawarkan sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam serta makan malam ala BBQ selain aktiviti seperti senaman aerobik, teambuilding dan sukaneka,” katanya. Resort ini turut memuatkan dua bilik mesyuarat, lengkap de­ngan kemudahan sistem bunyi untuk mengadakan mesyuarat.

Jika lapar, kunjungi Bunga Padi untuk pelbagai hidangan enak atau kedai makan di sekitar Kampung Janda Baik. 
hmetro


BAGAIMANA KE SINI

Jarak dari Kuala Lumpur 45 kilometer atau sejam jika memandu kenderaan menggunakan Lebuhraya Karak melalui Gombak.

Kemudahan di sekitar resort:

Masjid Sultan Abu Bakar: 20 minit memandu.
Klinik Desa: 15 minit memandu.
Pasar Mini Azzim: 5 minit memandu.
Pasar Mini Shaiful Bahari: 10 minit memandu.

Alamat:

Suria Hill Country House, Janda Baik, Pahang Lot 8567, Kampung Janda Baik,
28700 Mukim Bentong, Bentong, Pahang Darul Makmur
Telefon: 09-2330003, 03-78064752
E-mel: sales@suriaresorts.com





0 comments:

Post a Comment