Filled Under:

Fizz Sah Bergelar Suami Kepada Almy Nadia

FOTO Rudy Syareme Sheriffudin


Balik Pulau: Dengan sekali lafaz pelakon Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, atau Fizz sah bergelar suami kepada dramatis Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, dalam majlis berlangsung di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang di sini, 5.15 petang tadi.

Pasangan artis itu dinikahkan oleh jurunikah Nozli Mat turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua pengantin baru itu. Manakala Mas kahwin adalah sebanyak RM1,001 dan hantaran bernilai RM20,000.

Rantai Mutiara Rafflesia merupakan barangan hantaran utama dari pihak pengantin lelaki.

Selain itu barangan hantaran iaitu kek berbentuk adiwira 'Ironman' turut menarik perhatian mereka berada di majlis itu. HMetro




0 comments:

Post a Comment