Filled Under:

Najib Terkedu Dengan Berita Diluar Jangkaan


Semasa lawatan tiga haribeliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad.  Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan.

Antara yang dilaporkan akan bertemu Obama adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia Chris Leong dan ahli majlis Honey Tan, pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez, dan Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.

Majlis Gereja-Gereja Malaysia akan diwakili oleh Rev Dr Herman Shastri. Ketika dihubungi Astro AWANI, Dr Ahmad Farouk Musa berkata mesyuarat 30 minit itu bakal memberi peluang kepada setiap wakil untuk membentangkan pandangan mereka.Beliau juga berkata lokasi tidak boleh didedahkan dan masih belum dimuktamadkan.

"Ia tidak akan berlaku di Kedutaan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan. Kami juga tidak tahu di mana ia akan berlaku kerana akan diberitahu sebelum mesyuarat itu, " katanya. Dr Ahmad Farouk juga menjelaskan bahawa pemimpin NGO tidak meminta mendapatkan pertemuan bersama Obama. Sebaliknya, kumpulan itu telah dijemput oleh Kedutaan Amerika Syarikat Isnin lepas.

"Kami tidak ada kuasa untuk mendapatkan pertemuan dengan Presiden. Terpulang kepada beliau dengan siapa dia mahu bertemu dan beliau menjemput kami."Ia merupakan peluang yang baik untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi apa yang benar-benar berlaku dalam negara ini," kata Dr Ahmad Farouk.

Sebagai pemimpin IRF, beliau bakal membentangkan tentang isu penindasan agama di negara ini."Malaysia mahu dilihat di mata dunia sebagai pemimpin pergerakan sederhana tetapi ia harus bermula di dalam negara terdahulu," katanya.

Sementara itu, NGO lain tidak mahu mengulas tentang pertemuan dengan Obama.Seorang wakil Sisters in Islam berkata mereka hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Dalam satu mesej SMS kepada AWANI, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menulis: " Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa sehingga selepas acara tersebut.

"Pengarah program Tenaganita Aegile Fernandez juga berkata beliau hanya akan mengulas selepas mesyuarat itu.Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr Hermen Shastri enggan ditemuramah pada ketika ini.

Obama dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan melancarkan Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) esok.Beliau dijangka berlepas ke Filipina pada Isnin. awani




0 comments:

Post a Comment