Filled Under:

Rumah Pesawat Boeing 727

Dia berjaya mengubah pesawat Boeing 727 menjadi kediamannya­. Kini, Bruce Campbell memasang impian dengan model le­bih besar untuk dijadikan rumah keduanya di Jepun daripada pesawat 747 yang tidak digunakan lagi.

Campbell menjadikan Boeng 727 sebagai rumahnya di pinggir bandar Portland dan menghabiskan masa enam bulan setiap tahun di situ. 


Sejak 1999, bekas jurutera elektrik itu menanam impian iaitu ‘menyelamatkan pesawat daripada menjadi besi buruk dengan membinanya semula menjadikan sesuatu yang berharga’.

Campbell, 64, menjadikan tugas itu sebagai sebahagian daripada matlamat hidupnya.


PEMANDANGAN waktu malam dari luar pesawat yang dijadikan rumah. “Tanggungjawab saya ialah mengubah sikap manusia mengenai perkara ini,” kata­nya. Campbell antara segelintir orang di seluruh dunia - dari Texas hingga ke Belanda - yang mengubahsuai pesawat lama menjadi tempat tinggal atau projek kreatif lain.

Jurucakap Persatuan Kitar Semula Pesawat (AFRA) bagaimanapun berkata, pihaknya tidak tahu jumlah sebenar pesawat yang diguna semula.

AFRA, pertubuhan yang membabitkan pemimpin industri, termasuk Boeing, yang memfokuskan perkhidmatan akhir bagi kerangka pesawat dan enjin menganggarkan 1,200 hingga 1,800 pesawat akan dileraikan di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang, manakala 500 hingga 600 pesawat akan ‘bersara’ setiap tahun dalam tempoh dua dekad akan datang.

“AFRA gembira melihat pesawat lama digunakan semula dengan kreatif. “Kami mahu pesawat dikekalkan dan diguna semula dalam suasana persekitaran yang mampan,” kata jurucakap pertubuhan itu, Martin Todd.

Campbell berusia awal 20-an ketika dia membayar kira-kira AS$23,000 (RM74,000) untuk tanah seluas 10 ekar, tempat terletaknya pesawat itu kini. Rancangan asalnya ialah mengubahsuai van pengang­kutan untuk menjadikannya kediaman, tetapi dia kemudian memutuskan sebuah pesawat adalah lebih baik.

Dia membeli pesawat 727 itu selepas mendengar cerita seorang pendandan rambut yang berjaya mengubah pesawat lama untuk dijadikan rumah. Sekarang, dengan kira-kira AS$220,000 (RM706,000) dan selepas bertahun-tahun bekerja serta dengan pengalaman yang diperoleh, Campbell sedia melakukannya sekali lagi.

Bagaimanapun, kali ini dia berharap dapat membeli Boeing 747 yang sudah ­‘bersara’ dan berpindah ke Jepun, tempat dia menghabiskan masa selama enam bulan lagi. Dia kini berusaha membaik pulih ciri asal pesawat itu, dari kokpit hingga ke tangga, tandas, lampu LED dan tempat duduk.

“Jika dia dapat menghidupkan kembali elektrik dan suar, ia sudah cukup menakjubkan,” kata Katie, juruterbang dan jurulatih penerbangan yang datang untuk melihat pesawat itu selepas mendapat tahu me­ngenainya pada 2012.

“Mengubah pesawat untuk sesuatu tujuan bukan kerja gila. Ia sesuatu yang menakjubkan, lebih-lebih lagi jika melakukannya de­ngan mementingkan alam persekitaran,” kata Katie. Mengubah suai pesawat bukan kerja mudah. Sementara menyiapkannya, Campbell tinggal bertahun-tahun di rumah mudah alih. 

Dia terpaksa berpindah ke dalam pesawat walaupun masih tidak memperoleh permit untuk berbuat demikian selepas rumah sementaranya diserang tikus. Satu rak kasut dengan beberapa selipar menyambut kedatangan pelawat ke rumahnya. 

Cambell akan meminta setiap pengunjung memakai selipar atau stokin bagi mengelak ‘rumahnya’ kotor. Meskipun Campbell mewujudkan laman web yang menerangkan secara terperinci mengenai pembinaan semula pesawat, dia bukan satu-satunya orang yang berminat dengan cabaran itu. 

Di Texas, Costa Rica dan Belanda juga mempunyai pesawat yang diubah suai menjadi rumah. hmetro




0 comments:

Post a Comment