Semalam saya terserempak dengan penulis thriller terkenal, Ramlee Awang Murshid yang tidak lama lagi filem adaptasi daripada novel sekuelnya, Tombirou akan ke layar perak.
Dari jauh, Ramlee mengusik saya: “Sudah mimpi Dyana?” merujuk kepada tulisan saya berkaitan calon pilihan raya kecil Teluk Intan dua minggu lalu, Dyana Sofya.
Saya sekadar tertawa sebelum membalas: “Kalau mimpi Mah ok, boleh kelentong bini Mah Siew Keong walaupun yang dimimpi itu mungkin Rosmah, Asmah atau Fatimah.”
Tidak habis lagi rupanya cerita Dyana walaupun pilihan raya Teluk Intan sudah pun berlalu. Apa mungkin nama calon DAP itu akan terus menerus jadi sebutan selepas ini?
Sebelum dicurigai isteri, saya mahu berterus terang di sini bahawa saya tidak pernah jatuh cinta terhadap Dyana dan kalau benar sekalipun, saya yakin Dyana tidak akan membalas cinta saya. Mutlak!
Namun sepanjang memerhatikan gambar dan videonya ketika berkempen, saya dapati ada sesuatu pada anak gadis itu yang mengikut ilmu firasat orang-orang tua, sangat istimewa.
Tidak. Saya bukanlah mahir sangat dalam hal firasat dan tidak tahu pun menilai tahi lalat tetapi sekadar mengingat apa yang pernah diberitahu kepada saya oleh seorang kawan yang jauh lebih berusia, lebih 20 tahun dahulu. Jadi pengetahuan saya ini adalah dengan sekadar mengingat, bukanlah kerana saya pernah belajar ataupun pandai sangat.
Dan lagi, saya pun tidak pasti apa yang diberitahu kepada saya itu benar ataupun sekadar cerita fiksyen penyedap sembang. Ceritanya begini, saya pernah ada kawan – lelaki – yang mengaku pandai ‘baca’ wanita luar dan dalam. Kata dia, perempuan yang bongkok sabut, begini. Yang leher berkatam pula begini. Yang berdahi cembung, berdahi melengkung, semua dia tahu segala sifat karakter mereka, mental dan fizikal.
Bukan setakat topografi, siap garis kontor sekali pun dia dia boleh ‘baca’. Begitulah konon-kononnya. Pendek kata, kalaulah saudara mara atau kenalan perempuan dia tahu akan kebolehan kawan saya itu, dalam jarak sebatu pun rasanya mereka sudah bertempiaran lari jauhi dia.
Satu lagi cerita berkaitan hal yang sama, saya teringat pada zaman persekolahan dahulu, saya pernah kenal dan berkawan baik dengan seorang tukang kebun di sekolah saya, yang seperti juga kawan saya itu, mengaku pandai ‘baca’ wanita luar dalam.
Bermulanya persahabatan saya dengan tukang kebun yang saya panggil Abang Man itu pun atas sebab yang ada kaitan dengan perempuan. Apabila selalu melihat saya berjalan dengan seorang kawan perempuan sekelas, pada suatu hari Abang Man
bertanya: “Marka (mak we) hang ka Mat?”
Saya kata, “bukan, Abang Man… kawan sekelas.”
“Pasai pa Abang Man dok tanya-tanya ni, berkenan ka?” saya balas bertanya pula.
Dia ketawa, kemudian berkata: “Tak dak pa aih… saja nak tanya. Ini hal orang tua!” Terus sambung ketawa dengan gaya yang amat mencurigakan saya.
Beberapa hari selepas itu, baharu Abang Man yang sudah beristeri dan punya anak lapan itu buka rahsia kepada saya. Kata dia, kalaulah dia masih bujang atau mampu tambah isteri, memang dia akan masuk meminang kawan saya itu.
“Payah nak jumpa macam tu Mat ooiii,” kata dia, terus ketawa. Teruja sungguh nampaknya dia.
Akhirnya, Abang Man pun berterus terang akan sebab musabab mengapa dia jadi begitu dan apa kelebihan yang kononnya ada pada gadis kawan saya itu. Dan atas ingatan pada ‘ilmu’ Abang Manlah, saya pun kononnya ternampak-nampak akan keistimewaan Dyana. Itu pun saya sendiri belum cukup yakin sebenarnya!
Itu cerita orang perempuan. Saya yakin orang perempuan juga ada ‘ilmu’ mereka yang tersendiri dalam menilai lelaki.
Pernah berlaku ketika bujang dahulu, sebaik saya melangkah keluar dari tandas memakai selipar, ada dua tiga kawan sepejabat – perempuan – tengok saya sambil senyum-senyum. Saya buat ‘dhek’ sahaja kerana tidak pula berasa ada yang tidak kena pada diri saya!
Dua tiga hari kemudian, hal yang sama berlaku lagi. Kali ini siap berbisik-bisik lagi. Akhirnya, pada waktu minum petang, saya dapat ‘tangkap’ seorang daripada ahli kumpulan itu. Saya tanya dia apa fasal senyum-senyum dan bisik-bisik tengok saya keluar dari tandas. Puas didesak, dia akhirnya mengaku konon ada orang beritahu mereka bahawa lelaki boleh ‘diukur’ melalui ibu jari kaki.
“Lhaaaa! Sapa yang ajaq hang pa ni?” sinar harian

0 comments:
Post a Comment