Gatal kepala bukan sahaja menyebabkan kita seringkali terganggu kerana kerap menggaru-garu. Malah cara itu juga menyebabkan orang disekeliling mula berfikir yang bukan-bukan tentang kita. Jadi untuk atasi kegatalan ini berikut ada petua yang boleh anda cuba.
Tumbukkan daun puding yang telah dibersihkan. Kemudian sapukan rata-rata pada kulit kepala yang gatal. Balut kepala dan biarkan selama satu jam. Selepas itu, bilas denga air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Kaedah kedua, tumbuk buah belimbing dan daun limau purut. Kemudian sapukan hampasnya pada kulit kepala. Biarkan selama yang mampu. Selepas itu bersihkan. Lakukan seminggu sekali. Imah Mingguan Wanita
0 comments:
Post a Comment