Filled Under:

Buah-Buahan Sesuai Ketika Cuaca Panas



Cuaca yang panas bukan sahaja menyebabkan kita berpeluh dengan lebih kerap yang mana menyebabkan proses dehidrasi berlaku dengan pantas. Keadaan cuaca panas juga boleh menyumbang kepada masalah kulit seperi ruam, jerawat dan ketidakselesaan pada tubuh badan. Untuk itu berikut adalah beberapa saranan buah-buahan yang boleh anda makan sebagai jalan mengurangkan masalah ini.

Mangga
Buah yang enak serta kaya dengan Vitamin C ini juga memebrikan kesan menyegarkan pada tubuh. Mangga menjadi buat yang lebih efektif bagi masalah strok dan kelelahan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Susu skim

Susu skim mampu memelihara tubuh daripada masalah dehidrasi dan juga gangguan pencernaan.

Jus

Jus buah-buahan segar amat membantu tubuh bagi menggantikan cairan yang hilang ketika proses dehidrasi di musim panas.

Apricot

Buah ini boleh menjadi snek yang berkesan bagi mereka yang kerap mengalami masalah jerawat di musim panas. Apricot kaya dengan kandungan zat besi, Vitamin C, kalium dan juga serat.

Jagung

Buah jagung megandungi asid pentotenat, memberikan Vitamin B untuk menjauhi stress. Jagung dalam bentuk apa pun, sama ada dipanggang atau direbus merupakan makanan sihat kerana boleh menurunkan kadar kolestrol.

Gooseberry

Panas terik menjadi musuh kepada kulit. Namun, buah ini mampu menghalang kesan penuaan yang disebabkan oleh sinar matahari. Selain itu, buah ini juga memberikan manfaat lain seperti baik untuk kesihatan jantung dan rambut anda.  
Imah Mingguan Wanita




0 comments:

Post a Comment