Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tak di Sangka! Inilah Sebab Mengapa Kedah Tolak Tajaan 30 Juta dari Dato Terlajak Laris. Mengarut !

Al0r Setar: Persatuan B0la Sepak Kedah (KFA) men0lak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs H0lding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.

Setiausaha Keh0rmat KFA Datuk Aminuddin 0mar berkata, setakat ini pihaknya tidak b0leh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat k0smetik berkenaan.
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan k0nklusif dan muktamad tajaan berkenaan.

"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.

"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat k0men lanjut berhubung isu (pen0lakan) tajaan," katanya.

Syarat terlajak susah, Kedah tolak tajaan RM30 juta D’Herbs

Kedah menolak tajaan RM30 juta Datuk Aliff Syukri Kamarzaman (foto), atau ‘abang terlajak laris’, kerana syarat-syaratnya sukar dipenuhi. — Foto ihsan Instagram/Aliff SyukriALOR SETAR, 4 Mei — Kedah menolak tawaran tajaan berjumlah RM30 juta daripada D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs) kerana sukar memenuhi syarat syarikat kosmetik itu.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata tawaran itu tidak boleh diterima kerana draf perjanjian tersebut di luar bidang kuasa persatuan, kata setiausahanya Datuk Aminuddin Omar.

“Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan kerajaan negeri,” katanya di sini seperti dipetik portal Sinar Harian hari ini.

“Walaupun nampak kita sinonim dengan kerajaan negeri, namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja.”

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden KFA, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini.

Persatuan itu menolak tawaran D’Herbs yang dimiliki Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, atau dikenali juga “abang terlajak laris”, seperti dikemukakan pada draf 27 April lalu, kata Aminuddin.

Beliau juga menyeru kepada KFA atau D’Herbs agar tidak membuat kenyataan lanjut berhubung isu tersebut melalui media “demi menjaga imej kedua-dua pihak”.

Portal Kosmo! pula melaporkan Aminuddin berkata keputusan Kedah itu sudah muktamad dan tidak bercadang berunding lagi.

Tambahnya, walaupun tanpa penajaan itu, KFA mampu menguruskan pasukan dengan baik.

Aliff Syukri sebelumnya mengumumkan D’Herbs sedia memberi tajaan RM30 juta selama tiga musim.

Beliau dilaporkan tidak akan mengenakan “syarat pelik” dan berjanji tidak campur tangan pengurusan KFA.


Kes Doping : KJ Akan Umum Nasib Lee Chong Wei


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan melakukan pengumuman khas pada pukul 4 petang ini berhubung kes seorang pemain badminton utama negara yang gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.


Subhanallah..Satu Team Bola Sepak Cameroon Peluk Islam


23 orang pemain muda bola sepak kebangsaan dari Cameroon baru-baru ini telah beramai-ramai masuk Islam. Ini termasuklah jurulatih dan paderi mereka sendiri, lapor Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai (IACAD), Emiriyah Arab Bersatu.


Ronaldo tolak tawaran Pepsi demi Palestin


SIAPA sangka, walaupun dirinya bukanlah penganut agama Islam, namun keprihatinan ikon Real Madrid, Cristiano Ronaldo, ini wajar diberi pujian. Di saat penduduk Palestin di Gaza terpaksa melalui penderitaan akibat kekejaman rejim Zionis, bintang terkenal ini giat menyalurkan bantuan.


10 Sebab Mengapa Argentina Mampu Menang Piala Dunia 2014


1. Lionel Messi
Terbukti Pemain Terbaik Dunia atau FIFA Ballon d’Or tahun 2010, 2011 dan 2012 ini merupakan tonggak utama pasukan Argentina yang kini. Namun keupayaannya untuk menjaringkan gol kadang kala terbatas kerana pertahanan lawan begitu galak mengawalnya menyebabkan tugasan penjaring dilakukan oleh rakan segandingan beliau seperti Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero.


Bung Terus Ejek Brazil, Tonjol Gambar Coli


Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pernah mencetuskan kontroversi apabila menyamakan pasukan bolasepak Jerman sebagai Adolf Hitler selepas mereka membelasah Brazil 7-1 di laman sendiri.


Peminat Maki Gambar Aidil Zafuan & Zarema Zainal Berpeluk di Masjid An-Nabawi


Sekeping gambar Aidil Zafuan dan isteri barunya, Zarema Zainal beribadah di Masjid an-Nabawi menerima kecaman peminat di laman sosial kerana dikatakan mampu untuk pergi ke sana namun gagal memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak.


Piala Dunia: Mesut Ozil Mengaku Tidak Puasa



KEDATANGAN Ramadan berlangsung serentak dengan pusingan kalah mati di Kejohanan Piala Dunia. Pemain Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil antara pemain beragama Islam yang beraksi di Piala Dunia 2014.

Ia bukan halangan buat sebahagian pemain Perancis, Jerman, Switzerland, Belgium, Algeria dan Nigeria yang beragama Islam.


Messi bukan manusia, dia adalah makhluk asing


Penyerang lincah Argentina, Lionel Messi (kiri) meledak gol kedua peribadi menerusi sepakan percuma ketika menentang Nigeria di Porto Alegre, awal pagi semalam. PENGENDALI Nigeria, Stephen Keshi menyifatkan penyerang lincah Argentina, Lionel Messi bukan seorang manusia, sebaliknya merupakan makhluk asing dari angkasa lepas.


Suarez digantung 9 perlawanan, dilarang terbabit 4 bulan




Penyerang Uruguay, Luis Suarez digantung sembilan perlawanan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. 


PIALA DUNIA: Pemegang Tiket OKU ‘Bangun, Melompat’


RIO DE JANEIRO – Polis Brazil menyiasat kemungkinan tiket khas Piala Dunia 2014 untuk golongan kurang upaya diseleweng selepas ada penonton yang menggunakan tiket khas penonton berkerusi roda dilihat bangun melompat semasa aksi perlawanan.

Polis dilaporkan sedang meneliti bukti rakaman visual daripada CCTV dan foto yang tersebar melalui media sosial. Visual berkenaan antaranya dirakamkan semasa perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia.


WARTAWAN PALING SEKSI DI PIALA DUNIA


Selain daripada isteri dan teman wanita pemain bola sepak serta peminat bola sepak, wartawan Piala Dunia juga sangat menarik.

Wartawan berasal dari Mexico, Vanessa Huppenkothen merupakan bintang terbaru Piala Dunia.


Lima sebab Sepanyol bungkus awal


RIO DE JANEIRO: Sepanyol muncul negara juara yang kelima terkeluar daripada saingan pusingan awal selepas tewas 2-0 kepada Chile di Maracana awal pagi tadi.

Berikut lima sebab mengapa juara Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 itu gagal menyerlah kali ini. 


BINTANG ISLAM DALAM PIALA DUNIA BRAZIL



PIALA Dunia FIFA 2014 baru sahaja bermula. Demam bola sepak ini melanda seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa, dan keturunan. Semuanya akan duduk semeja untuk meraikannya, itulah keunikan sukan ini.

Di sebalik kemeriahannya, terdapat beberapa pemain bintang yang beragama Islam bermain mewakili negara bukan Islam. Perlu diingat juga, terdapat pemain bukan Islam yang mewakili negara Islam. Namun, seperti yang dinyatakan awal tadi, faktor agama bukanlah isu utamanya. Yang penting setiap mereka akan berjuang bersungguh-sungguh memenangkan negara yang diwakili.


Tabiat pembersih penyokong Jepun terbawa-bawa ke Piala Dunia


Walaupun pasukan Jepun kalah di tangan Ivory Coast, peminat pasukan Jepun itu tetap bertindak membersihkan stadium.

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, acara lepas geram, mengamuk atau mungkin vandalisme bakal berlaku sekiranya pasukan yang diminati atau disokong kalah. 


Piala Dunia: Akhbar anggap pelik minta al-Quran setiap bilik


Aku tak pasti ini keratan akhbar dari surat khabar mana.. Penggunaan ayat "permintaan pelik" dari pasukan Algeria seakan menghina Al-Quran.. Al-Quran bukan suatu benda yang pelik bagi umat Islam.. Harap ada pihak lebih sensitif dengan hal ini..

Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al-Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.


Piala Dunia: Pemain Inter Milan Keliru Mangkuk Tandas Berkembar



PERTAHANAN Itali, Andrea Ranocchia keliru dengan kewujudan dua mangkuk tandas yang terletak bersebelahan di pusat latihan skuad negara itu di Rio, Brazil. Kekeliruan pemain Inter Milan itu dikongsikan menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Ranocchia yang tidak disenaraikan dikalangan 23 pemain Itali oleh Cesare Prandelli menjelajah ke Amerika Latin bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya.

Mangkuk tandas yang dibina bersebelahan itu bukan kali kedua ditemui oleh atlit selepas ia kali pertama ditemui di asarama Olimpik Musim Sejuk Soci awal tahun ini. mStar


Kegiatan Sulit Zaquan Adha Terbongkar, Mangsa Tampil Bukti Di Instagram


Hari ini, pasti anda semua tertanya tanya apa motif lagi kami dedahkan perilaku pemain bola sepak popular ini di alam maya — jawapannya entah, mungkin kerana seronok. Well, some men just want to watch the world burn. MWAHAHAHA!


Aqiqah Anak Khairul Fahmi Kalah Kenduri Kahwin!



Ramai yang fikir Khairul Fahmi a.k.a Apek dan Leuniey nak bersanding lagi sekali. Mana taknya, pasangan popular ni bukan main bergaya lagi dengan baju sedondon warna ungu.

Tambah pelik lagi, gambar-gambar juga dimuat naik secara langsung oleh jurugambar profesional. Malah dari pagi hingga malam semalam, mereka belum berhenti berkongsi hasil foto yang menarik di laman sosial.


Kejayaan Jepun Merangkul Piala Thomas Kerana Jurulatih Anak Malaysia



Disebalik kejayaan pasukan Jepun merangkul kejuaraan Piala Thomas semalam, ramai yang tidak mengetahui tentang salah seorang jurulatih pasukan negara matahari terbit itu adalah anak Malaysia.

Nama Izuan Ibrahim, tidak sepopular nama besar lain dalam erena sukan badminton, namun sentuhan beliau antara penyumbang kepada kejayaan Jepun semalam.