Filled Under:

JUTAWAN SEGERA HASIL MENIPU SYARIKAT AHLONG

(Sekadar Hiasan)

Kami ingin kongsikan sebuah kisah, menarik bagaimana Isnor menjadi kaya raya memperolehi 890ribu dalam masa singkat dengan hanya membuka kedai jahit yang sebenarnya tidak beroprasi.
Pertemuan antara kami dengan Isnor secara kebetulan di sebuah Restoran Mamak 24 jam.. Dimana Isnor dahulunya rakan kerja kepada Azli seorang rakan kami. Dalam pertemuan tersebut, kami sempat berbual tentang hala tuju setelah habis belajar dahulu. Isnor sebelum ini bekerja sebagai pereka fasyen disebuah butik di Kuala Lumpur, Namun berhenti kerja kerana menjalankan sebuah perniagaan Ali baba nya.

Azli berasa hairan mendengar kisah rakan lamanya. Berkali-kali Azli bertanya kepada Isnor, apakah perniagaan yang merubah hidupnya, Akhirnya setelah di desak, Isnor menceritakan bagaimana dia memperolehi kekayaan dengan hanya bertopengkan perniagaan kedai jahitan. Dengan perlahan Isnor memberitahu dia sebenarnya menipu Along, Syarikat peminjam wang. Yang berlesen atau pun tidak!.

Dengan tenang Isnor bercerita,Bukan nya susah pun. Sewa kedai, lepas tu masukan mesin jahit serta pakaian. Pakaian kat Bundle boleh beli!. Susun cantik-cantik lepas tu buat transaksi kat bank selama enam bulan keatas, selama enam, tujuh bulan buat lah apa-apa kerja pun. Yang penting kedai kena buka macam biasa. Lepas enam bulan panggil lah mana-mana syarikat Along, Buat pinjaman sebanyak yang mungkin.Biasa 10-20 ribu boleh dapat, berpandukan transaksi akauan serta keyakinan Ahlong melihat situasi kedai. Pinjam dengan seberapa ramai Ahlong yang ada.

Selama sebulan pinjam seberapa banyak yang boleh serta seberapa ramai Along yang ada. Dah dapat. tinggal kan baju-baju buruk tu, bongkar mesin jahit pindah tempat lain pula. Buat pula kat negeri jauh!!. Azli seakan tidak percaya dengan apa yang rakan lama nya cerita kan! Namun setelah ditunjukan salinan perjanjian antara Isnor dengan berpuluh Ahlong, baru lah Azli percaya, sambil menarik nafas dalam-dalam,Azli mengigatkan Isnor agar meninggalkan perniagaan gila nya.

Azli mengigatkan Isnor agar berhati-hati, jika bertemu dengan Ahlong yang pernah ditipunya dulu, silap haribulan bercerai lah nyawa dari badan. manakan tidak melaui salinan penyata akaun bank yang Isnor tunjukan, tertera baki sebanyak RM890 LEBIH RIBU!!. hampir mencecah SEJUTA. Entah berapa ramai Ahlong yang dah jadi mangsa kepada Isnor!.

Sehinggakan Isnor sendiri tidak berani menjejak kan kaki di berberapa Negeri. Sanggup berpindah sampai Kelantan agar senang lari jika di kesan oleh Ahlong. Dalam pertemuan singkat itu, Azli sekali lagi memberi nasihat agar Isnor tidak meneruskan kegiatan menipunya. Sampai bila?? Lambat laun pasti akan tertangkap. Jika masih bebas pun, Sampai bila nak gunakan wang Haram untuk Hidup. Nasib baik tiada anak isteri, jika ada, tak kan nak bagi mereka hasil haram!.




0 comments:

Post a Comment