Filled Under:

Gadis ini hidup mewah kerana jual produk di internet


Penglibatan tidak sampai enam tahun dalam dunia media sosial ternyata membawa keuntungan kepada seorang gadis, kerana

ia bukan sahaja membuat dia menjadi terkenal, tetapi juga mampu hidup mewah dalam sekelip mata. Menurut portal Mail Online, Zoe Sugg, yang mula memuat naik video tentang fesyen dan kecantikan di saluran YouTubenya pada 2009, kini mula terkenal dan mempunyai 3.7 juta pengikut di Twitter.

Gadis berusia 24 tahun itu yang turut dikenali sebagai Zoella, turut berjaya menarik perhatian hampir 20 juta pengguna YouTube, walaupun video berkenaan diambil dari bilik tidurnya sendiri. Sebelum ini, dia berjaya membeli sebuah rumah agam lima bilik berharga sejuta pound (RM6.4 juta) di kawasan Brighton, Britain hasil pendapatan yang diperolehi daripada penglibatannya dalam Internet. Dia kini mengenakan bayaran 20,000 pound (RM129,268) sebulan kepada pengiklan yang mahu meletakkan produk mereka di laman sosialnya selain berkongsi panduan tentang kecantikan.

Tahun lalu, Sugg berjaya menjual buku pertamanya bertajuk Girl Online sebanyak 78,109 naskah dalam masa seminggu, sekali gus menewaskan beberapa nama besar dalam dunia penulisan termasuk penulis siri novel Harry Potter, J.K Rowling. Buku Sugg yang bertajuk Girl Online itu juga lima kali ganda lebih laris daripada buku romantik berjudul Fifty Shades of Grey hasil tulisan, penulis EL James. “Saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat, sebaliknya saya adalah seorang gadis biasa yang bernama Zoella,” ujarnya ketika ditemubual bersama Richard Godwin, baru-baru ini.




0 comments:

Post a Comment