Filled Under:

Tabiat pembersih penyokong Jepun terbawa-bawa ke Piala Dunia


Walaupun pasukan Jepun kalah di tangan Ivory Coast, peminat pasukan Jepun itu tetap bertindak membersihkan stadium.

KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, acara lepas geram, mengamuk atau mungkin vandalisme bakal berlaku sekiranya pasukan yang diminati atau disokong kalah. 

Lebih-lebih lagi dalam acara sukan berprestij dunia, Piala Dunia FIFA 2014. Namun, tidak bagi peminat pasukan Jepun.



Walaupun pasukan Jepun kalah di tangan Ivory Coast pada perlawanan pertamanya di Piala Dunia FIFA 2014, peminat pasukan matahari terbit itu tetap bertindak membersihkan stadium.

Ya, mengutip sampah dan membersihkan kawasan tempat duduk mereka walaupun pasukan Jepun kalah 2-1 di stadium Arena Pernambuco, Recife Brazil.

Sifat terpuji ini hebat diperkatakan orang ramai di media sosial di tambah dengan gambar beberapa peminat Jepun sedang mengumpul sampah sarap mereka.

Dalam forum Reddit.com, beberapa pengguna media sosial memperkatakan memuji sikap disiplin peminat-peminat Jepun ini.

“Saya rasa mereka selalu mengamalkan sikap begini, saya masih ingat Piala Dunia di Perancis pada tahun 1998, mereka melakukan perkara yang sama” kata Gefmayhem.

“Mereka bersihkan stadium pada Piala Dunia 2006 di Jerman juga. Tetamu yang baik” kata Yet_another_username.


“Orang Jepun memang mempunyai sifat yang terpuji. Pernah sekali saya memberi tunjuk ajar kepada satu kumpulan pelancong Jepun dan mereka bukan sahaja mengucapkan terima kasih tapi memberi hadiah pula” kata Stanfan114.

Mungkin sikap sebegini harus dipraktikkan oleh peminat tegar pasukan negara kita. astroawani




0 comments:

Post a Comment