Filled Under:

NEELOFA SAMBUT RAYA DI RUMAH BARU



Setelah penat lelah selama ini dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni dan juga usahawan, Neelofa akhirnya mampu tersenyum gembira kerana bakal beraya di rumah baharu yang dibeli bersama kakaknya, Noor Nabila di Bukit Klara Kuala Lumpur.


“Saya dan kakak kongsi duit untuk beli rumah ini. Rumah ini agak besar untuk tinggal seorang dan kami sempat mengemas rumah. Memang rasa tak sabar untuk tinggal di rumah yang di beli sendiri. Lofa dan kakak memang dari dahulu lagi tinggal bersama. Cuma tak pasti siapa yang akan keluar bila ada antara kami yang berkahwin nanti,” katanya kepada Rotikaya.


Sementara itu, Lofa turut mengambil kesempatan untuk bercuti di musim perayaan selepas pulang sahaja beraya dari Kelantan. Destinasi yang menjadi pilihannya iaitu pulau peranginan Koh Samui di Thailand.


“Insya Allah, saya akan berada di Kelantan sehingga raya keenam dan akan ke Koh Samui bersama rakan-rakan selama sembilan hari. Kalau ikutkan saya patut bercuti dengan keluarga ke sebuah destinasi lain, tapi memandangkan mereka ada perancangan lain, maka kami tundakan perancangan itu ke bulan Ogos depan.


“Jadi saya ambil kesempatan untuk pergi bercuti dahulu kerana penat bekerja dari bulan Februari lalu,” ujarnya. (rtky/h) 






0 comments:

Post a Comment