Filled Under:

Messi bukan manusia, dia adalah makhluk asing


Penyerang lincah Argentina, Lionel Messi (kiri) meledak gol kedua peribadi menerusi sepakan percuma ketika menentang Nigeria di Porto Alegre, awal pagi semalam. PENGENDALI Nigeria, Stephen Keshi menyifatkan penyerang lincah Argentina, Lionel Messi bukan seorang manusia, sebaliknya merupakan makhluk asing dari angkasa lepas.

Kata-kata pujian Keshi itu hadir selepas Messi meledakkan dua gol pada minit ketiga dan di penghujung saingan babak pertama dalam aksi di Stadium Beira-Rio, Porto Alegre pada awal pagi semalam.

Skuad Super Eagles sebelum itu sempat membalas dua gol Messi melalui penyerang berbisa mereka, Ahmed Musa, m-4 dan m-47, namun terpaksa akur dengan kekalahan, 3-2 selepas Marcos Rojo menanduk masuk gol kemenangan Argentina, m-50.

“Messi merupakan pemain yang membawa maut buat pasukan lain. Pemain lain mungkin dari Argentina tetapi Messi dari planet Jupiter,” kata Keshi. Walaupun berdepan kekalahan dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan F, Super Eagles tetap melangkah ke pusingan kalah mati selepas pencabar terdekat mereka, Iran tumpas, 1-3 di tangan Bosnia.

“Kami terlalu menghormati Argentina dan tidak bermain dengan baik terutamanya pada separuh masa pertama. “Ia tidak cukup untuk kami memberi saingan kepada lawan walaupun kami kembali agresif pada separuh masa kedua. “Tahniah kepada Argentina dan diharap mereka memperoleh hasil yang terbaik,” katanya. sinarharian




0 comments:

Post a Comment