Filled Under:
,

Sultan Johor Berkenan Memasang Plat F1


























SULTAN Ibrahim Iskandar berkenan memasang nombor plat kenderaan F1 yang dimenangi menerusi bidaan pada Proton Perdana milik baginda. - Foto Zain Ahmed

Pasang Sendiri..... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memasang nombor plat kenderaan F1 yang dimenangi menerusi bidaan pada Proton Perdana milik baginda.
Baginda memasang sendiri nombor plat berkenaan pada model terbaharu Proton Perdana bernilai kira-kira RM130,000 itu di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Sultan Johor kemudian memandu Proton Perdana varian 2.0 liter itu bersama Ahli Lembaga Pengarah Proton Holdings Bhd, Datuk Zainuddin Che Din dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Fuaad Kenali. Baginda memandu kenderaan itu dari Istana Pasir Pelangi menuju ke Istana Bukit Serene, di sini.

Pada Khamis lalu, Sultan Johor memenangi bidaan nombor plat kenderaan F1 iaitu turutan nombor pendaftaran baharu bagi Putrajaya. Baginda membida nombor plat berkenaan sebanyak RM836,660.




0 comments:

Post a Comment